<$BlogRSDURL$>

Tersurat Tersirat

Buah pendapat seorang anak muda.

Catatan-catatan Saya- -模糊内涵- -A Dreamcatcher's Plan- -カイの感じ-
Teman Catatan- -Nick- -BenTan- -BenFoo- -LoyC- -Bryz- -jinxy- -mabzyeo-

Jika anda mempunyai sebarang komen, sila tinggalkan pendapat anda, terima kasih!

20.5.04

Semoga sembuh, cikgu!

Letihnya! Persediaan untuk konsert harmonika yang akan diadakan Ahad ini semakin meletihkan. Sekarang saya terlalu sibuk untuk menambahkan pendapat dalam catatan ini setiap hari. Harap-harap selepas persembahan ini saya boleh menumpukan perhatian saya terhadap perkara-perkara lain.

Baru sahaja saya habis bersembang dengan rakan karib lama. Daripada rakan ini saya telah mendapat tahu bahawa cikgu darjah 3 saya menghidapi kanser dan beliau kini berada dalam keadaan kritikal. Selama ini, saya tidak pernah dihadapi dengan kematian ataupun kesengsaraan. Saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan demi memperbaiki keadaan ini ataupun mengurangkan kesakitan orang lain.

Namun begitu, saya rasa masalah ini hanya boleh diselesaikan melalui doa. Dalam konteks Kristian, kematian bukanlah suatu perkara yang semestinya buruk. Ada kalanya Tuhan hendak menggunakan kematian sebagai pengukuh iman. Jikalau pesakit ini sembuh, tentunya iman pendoa dan pesakit akan bertambah kukuh.

Sebaliknya, mungkin masa pesakit ini telah tiba untuk meninggalkan dunia ini dan meneruskan perjalanannya di alam baqa. Apa jua sebab penyakit ini, saya tetap akan terus berdoa agar cikgu dan saudara-saudari beliau dapat menerima keputusan Tuhan. Semoga sembuh, cikgu!




posted by Unknown  # 11:08:00 PM (1) comments

5.5.04

Membingungkan

Akhirnya saya telah membuat keputusan untuk menumpukan perhatian saya pada Britain.

Sebelum ini, saya serupa domba sesat yang tidak tentu hala. UPenn, Todai, Cambridge, Melbourne U, Tsinghua, semuanya termasuk dalam impian saya. Tentulah tidak realistik kalau saya tamak dan ingin melanjutkan pelajaran di kesemua institut elit ini. Pada masa yang sama, saya juga faham bahawa tahap kebolehan saya mungkin tidak mencukupi.

Pertandingan dalam Maktab Rendah Victoria sudah cukup membingungkan. Pada tahun yang lepas, taraf kompetitif saya ialah 70 peratus, yakni 30 peratus ataupun 240 orang yang telah mendapat keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang. Nasib baik pertarungan ini masih berterusan. Saya mesti menunjukkan kebolehan sebenar saya.

Akhir-akhir ini, prestasi saya dalam ujian-ujian penggal kurang memuaskan. Aktiviti-aktiviti kokurikulum saya telah banyak memakan masa. Harmonika, AJK Persatuan Penyelidikan, semuanya memerlukan perhatian. Ada kalanya saya rasa sistem pendidikan Singapura tidak memberi ruang kepada pelajar-pelajarnya untuk bernafas. Walau bagaimanapun, jika diteliti, masa yang diberi Tuhan tentunya memadai. Bak kata pepatah,”Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”. Harap-harap kemahuan ini cukup untuk membuka jalan.

Dalam dua hari lagi saya akan menduduki ujian penggal bagi matapelajaran Fizik, namun saya masih belum memulakan ulangkaji saya. Sedihnya.

Nampaknya kehidupan yang mengutamakan keselesaan akan tamat di sini. Barangkali tekanan mental-emosi saya akan meningkat. Rasanya, sedikit tekanan ataupun ‘stress’ mungkin baik untuk pembesaran minda.

posted by Unknown  # 10:07:00 PM (0) comments

Arkib

04/2004   05/2004   04/2005   11/2005   01/2006   10/2006   12/2006   02/2008  


This page is powered by Blogger. Isn't yours?