<$BlogRSDURL$>

Tersurat Tersirat

Buah pendapat seorang anak muda.

Catatan-catatan Saya- -模糊内涵- -A Dreamcatcher's Plan- -カイの感じ-
Teman Catatan- -Nick- -BenTan- -BenFoo- -LoyC- -Bryz- -jinxy- -mabzyeo-

Jika anda mempunyai sebarang komen, sila tinggalkan pendapat anda, terima kasih!

30.4.04

Politik Iktisad

Setelah menyertai Ceramah Singapura ke-24 hari ini, barulah saya sedar bahawa betapa cetek pengetahuan saya. Nampaknya saya mesti lebih banyak membaca. Bukan itu sahaja, tahap pemahaman pun harus meningkat setiap kali saya menimba ilmu.

Penceramah kali ini ialah Presiden Chile, Ricardo Lagos. Ceramah beliau bertajuk “Cabaran Sedunia dalam Abad Ke-21”. Inilah kali pertama Presiden Chile bertapak di Singapura sebagai pemimpin Chile untuk membincangkan isu-isu antara kedua-dua buah negara ini.

Rasa saya, fokus ceramah beliau bertumpu pada perdagangan antarabangsa bebas serta diplomasi banyak hala (multilateral diplomacy). Saya mesti mengaku bahawa saya tidak memahami 90 peratus daripada apa yang dikata beliau. Selain daripada pengetahuan saya yang tidak seberapa, ia mungkin juga disebabkan oleh loghat Spanish beliau yang sukar saya fahami.

Pada pendapat saya, dalam jangka masa panjang, kemajuan negeri-negeri membangun banyak bergantung pada kesanggupan negeri-negeri ini untuk membuka sempadan negeri mereka untuk membenarkan perdagangan bebas.

Dalam jangka masa pendek, kerajaan mungkin enggan melaksanakan polisi ini kerana pertandingan asing yang mendadak akan mengorbankan banyak kerja tempatan. Bukan itu sahaja, nasionalisme yang membara juga akan mendorong sesebuah negeri untuk memelihara industri-industri tidak kompetitif yang membawa identiti negara.

Akan tetapi, negara-negara yang mempraktikkan polisi perdagangan bebas secara cermat akan banyak beruntung dari segi pembangunan kerana pertandingan antara ekonomi akan memaksa kualiti produk dan perkhidmatan untuk meningkat di samping menurunkan kos perbelanjaan. Diplomasi banyak hala yang cekap juga akan memastikan kepentingan setiap ahli perdagangan bebas ini terjaga.

Nampaknya proses untuk merealisasikan impian ini akan mengambil masa. Presiden Chile telah membangkitkan isu Cancun untuk menekankan kepentingan diplomasi efektif demi mencapai persetujuan perdagangan bebas yang berkesan. Tidak dapat kita nafikan bahawa setiap kerajaan akan menjaga kepentingan negara mereka dahulu sebelum berfikir demi negara-negara yang lain.

Secara kesimpulan, dalam dunia yang semakin mengecil ini, resolusi yang terbaik ialah kebaikan bersama, bukannya kebaikan saya sahaja.

Ceramah ini telah menajamkan minda saya. Sebelum meninggalkan Shangri-La, saya sempat memperoleh satu salinan ceramah beliau. Setelah membacanya, harap-harap saya akan lebih memahami isu berunsur iktisad serta diplomasi ini.

posted by Unknown  # 11:04:00 PM (0) comments

27.4.04

Kebaikan diri, kebaikan orang lain

Bilakah kali terakhir anda lakukan sesuatu demi orang lain? Pernahkah anda berfikir demi kebaikan orang lain walaupun perkara tersebut mungkin menyusahkan anda?

Pagi ini, saya berpeluang untuk menyaksikan suatu peristiwa yang telah memberi hikmat kepada saya. Pada masa itu, saya sedang beratur untuk keluar dari asrama lelaki melalui pintu berpusing yang hanya membenarkan seorang pengguna pada suatu masa. Seramai 7-8 orang sedang menunggu giliran untuk memulakan pagi mereka apabila seorang budak Sekolah Victoria muncul dari sebelah yang lain.

Rasanya budak itu terlupa membawa kerja sekolahnya, ataupun ada benda mustahak yang tertinggal dalam biliknya. Akan tetapi, aliran dari arahan bertentangan menghalang budak itu daripada mengecapi objektifnya. Dalam keadaan kesuntukan masa, perasaan rimasnya terang tertonjol.

Nasib baik pelajar yang akan keluar seterusnya memberi dia haluan untuk masuk. Pemuda itu berhak untuk menafikan budak itu lalu menyebabkannya terus menunggu. Pada pendapat saya, dia telah menunjukkan sikap cemerlang yang patut dicontohi.

Seringkali saya mengadu bahawa tiada orang mengasihi saya, dan layanan yang mereka beri tidak adil. Pemuda itu telah menyebabkan saya berasa sungguh malu. Daripada episod ini, moga-moga saya akan lebih sensitif terhadap keperluan orang lain dan tidak asyik sahaja bertumpu pada kepentingan sendiri.

posted by Unknown  # 9:05:00 AM (0) comments

26.4.04

Percaya tanpa kesombongan

Ternyatalah dalam ayat-ayat Amsal 16:1-33 bahawa Tuhan murka terhadap orang yang sombong dan angkuh. Kesombongan akan mengakibatkan keruntuhan atas diri seseorang, memusnahkan insan-insan yang menganggap dirinya sebagai yang terbaik (Amsal 16:18).

Walau bagaimanapun, Tuhan menyukai orang yang memperhatikan ajaran-Nya secara teliti. Dalam Amsal 16:20 tercatat,”Orang yang memperhatikan ajaran akan berjaya, orang yang percaya kepada Tuhan akan berbahagia”.

Kita mesti berpegang pada kepercayaan dan kewajipan kita terhadap Tuhan yang maha mulia, sepanjang riwayat hidup kita.

Nota: Buku Amsal dalam Kitab Injil ialah ‘Proverbs’ dalam edisi Bahasa Inggeris

posted by Unknown  # 9:34:00 PM (0) comments

Arkib

04/2004   05/2004   04/2005   11/2005   01/2006   10/2006   12/2006   02/2008  


This page is powered by Blogger. Isn't yours?