<$BlogRSDURL$>

Tersurat Tersirat

Buah pendapat seorang anak muda.

Catatan-catatan Saya- -模糊内涵- -A Dreamcatcher's Plan- -カイの感じ-
Teman Catatan- -Nick- -BenTan- -BenFoo- -LoyC- -Bryz- -jinxy- -mabzyeo-

Jika anda mempunyai sebarang komen, sila tinggalkan pendapat anda, terima kasih!

30.4.04

Politik Iktisad

Setelah menyertai Ceramah Singapura ke-24 hari ini, barulah saya sedar bahawa betapa cetek pengetahuan saya. Nampaknya saya mesti lebih banyak membaca. Bukan itu sahaja, tahap pemahaman pun harus meningkat setiap kali saya menimba ilmu.

Penceramah kali ini ialah Presiden Chile, Ricardo Lagos. Ceramah beliau bertajuk “Cabaran Sedunia dalam Abad Ke-21”. Inilah kali pertama Presiden Chile bertapak di Singapura sebagai pemimpin Chile untuk membincangkan isu-isu antara kedua-dua buah negara ini.

Rasa saya, fokus ceramah beliau bertumpu pada perdagangan antarabangsa bebas serta diplomasi banyak hala (multilateral diplomacy). Saya mesti mengaku bahawa saya tidak memahami 90 peratus daripada apa yang dikata beliau. Selain daripada pengetahuan saya yang tidak seberapa, ia mungkin juga disebabkan oleh loghat Spanish beliau yang sukar saya fahami.

Pada pendapat saya, dalam jangka masa panjang, kemajuan negeri-negeri membangun banyak bergantung pada kesanggupan negeri-negeri ini untuk membuka sempadan negeri mereka untuk membenarkan perdagangan bebas.

Dalam jangka masa pendek, kerajaan mungkin enggan melaksanakan polisi ini kerana pertandingan asing yang mendadak akan mengorbankan banyak kerja tempatan. Bukan itu sahaja, nasionalisme yang membara juga akan mendorong sesebuah negeri untuk memelihara industri-industri tidak kompetitif yang membawa identiti negara.

Akan tetapi, negara-negara yang mempraktikkan polisi perdagangan bebas secara cermat akan banyak beruntung dari segi pembangunan kerana pertandingan antara ekonomi akan memaksa kualiti produk dan perkhidmatan untuk meningkat di samping menurunkan kos perbelanjaan. Diplomasi banyak hala yang cekap juga akan memastikan kepentingan setiap ahli perdagangan bebas ini terjaga.

Nampaknya proses untuk merealisasikan impian ini akan mengambil masa. Presiden Chile telah membangkitkan isu Cancun untuk menekankan kepentingan diplomasi efektif demi mencapai persetujuan perdagangan bebas yang berkesan. Tidak dapat kita nafikan bahawa setiap kerajaan akan menjaga kepentingan negara mereka dahulu sebelum berfikir demi negara-negara yang lain.

Secara kesimpulan, dalam dunia yang semakin mengecil ini, resolusi yang terbaik ialah kebaikan bersama, bukannya kebaikan saya sahaja.

Ceramah ini telah menajamkan minda saya. Sebelum meninggalkan Shangri-La, saya sempat memperoleh satu salinan ceramah beliau. Setelah membacanya, harap-harap saya akan lebih memahami isu berunsur iktisad serta diplomasi ini.

posted by Unknown  # 11:04:00 PM
Komen: Post a Comment

Arkib

04/2004   05/2004   04/2005   11/2005   01/2006   10/2006   12/2006   02/2008  


This page is powered by Blogger. Isn't yours?