<$BlogRSDURL$>

Tersurat Tersirat

Buah pendapat seorang anak muda.

Catatan-catatan Saya- -模糊内涵- -A Dreamcatcher's Plan- -カイの感じ-
Teman Catatan- -Nick- -BenTan- -BenFoo- -LoyC- -Bryz- -jinxy- -mabzyeo-

Jika anda mempunyai sebarang komen, sila tinggalkan pendapat anda, terima kasih!

7.4.05

Jiwa Terselamat

Wah, akhirnya saya teringat akan blog saya ini yang sudah jadi memori prasejarah. Sudah seketika sejak saya berfikir dalam Bahasa Melayu. Tidak apalah, asalkan saya terus menulis, otak saya yang kian karat ini patut masih boleh digunakan.

'Salvation', tidak dapat pula saya terjemahkan perkataan ini. 'Keselamatan' 'Terselamat'? Cis, otak ini memang perlu diservis.

'Salvation' ini memang indah sekali. Hadiah ini ialah kurniaan Tuhan kepada sesiapa yang percaya pada-Nya. Kurniaan ini ialah pengorbanan cinta yang paling tulen. Segala pengorbanan yang dilakukan manusia demi sesama sendiri ialah imitasi yang kurang sempurna.

Pengorbanan ini tiada tolok bandingan. Dalam agama yang lain, seringkali kita dapat tahu bahawa kita akan dihukum kalau kita melakukan kesalahan, dan segala perbuatan jahat ada balasannya. Dalam kepercayaan Kristian, Tuhan merupakan tuhan yang mempunyai belas kasihan, yang sanggup menanggung segala dosa manusia demi membolehkan ciptaan-Nya menyertai-Nya di syurga. Dia sanggup menjadi teladan, menjadi tuhan pertama di dunia ini yang sanggup menggantikan kita, membebaskan kita daripada cengkaman dosa.

Di negara saya, saya dibenarkan memuja Tuhan tanpa sebarang gangguan atau halangan. Akan tetapi, terdapat sekumpulan besar orang dalam negara ini yang tidak mempunyai kebebasan ini.

Saya mengakui bahawa saya seorang penakut, tetapi saya juga sedar bahawa penakut tidak dapat melakukan perkara besar yang memfaedahkan manusia.

Moga-moga melalui ruangan Internet ini yang bebas saya dapat menyuarakan kisah baik ini kepada sesiapa yang ingin mendengar.

posted by Unknown  # 8:02:00 PM (0) comments

Arkib

04/2004   05/2004   04/2005   11/2005   01/2006   10/2006   12/2006   02/2008  


This page is powered by Blogger. Isn't yours?