<$BlogRSDURL$>

Tersurat Tersirat

Buah pendapat seorang anak muda.

Catatan-catatan Saya- -模糊内涵- -A Dreamcatcher's Plan- -カイの感じ-
Teman Catatan- -Nick- -BenTan- -BenFoo- -LoyC- -Bryz- -jinxy- -mabzyeo-

Jika anda mempunyai sebarang komen, sila tinggalkan pendapat anda, terima kasih!

19.2.08

Kemanisan Sekian Lama 

Setelah demikian lama saya berlayar di laut manusia yang tidak terhingga ini, akhirnya bertimbung dengan pulau kecil yang mungkin boleh menjadi tempat penepatan saya buat selama-lamanya.

Tujuh tahun. Sudah tujuh tahun hati saya tertutup, tanpa peluang untuk meluahkan perasaan saya kepada sesiapa. Sebelum ini, saya sangka Tuhan telah menyingkir saya ke luar pagar syurga, roh saya dibiarkan mereput.

Kepedihan. Kemaluan (Bukan kemaluan itu lah!). Kesedihan.

Walaupun perasaan dibiarkan begitu oleh saya, Tuhan tetap berada di tepi saya selama ini. Hari ini saya berada Jepun, jauh dari Tanah Melayu, tanah tumpah darah saya. Tapi Tuhan Maha Kuasa, di sinilah saya tertimbung pulau kecil yang mungkin merupakan syurga kecil saya.

Rupanya seperti malaikat tetapi selalunya berlaku gempa bumi kecil.

Tanpa sebarang pengalaman, saya telah membuat percubaan pertama saya untuk bertapak di tanah baru ini. Pasir putih biak salji, serta keterangan matahari yang memanaskan hati saya yang sejuk, apalah perasaan ini? Di sinikah akan saya membina masa depan saya? Di sinikah akan saya membesarkan anak-anak saya bersama isteri tercinta?

Akan tetapi, pulau itu pernah dicerobohi orang. Oleh itu, saya juga dianggap sebagai penceroboh yang patut dihalaukan. Walaupun perasaan kami bukanlah serupa musuh, ketakutan serta pengabulan pengalaman lama telah menghindarkan saya daripada menetap di pulau kecil yang memerolehi kecantikan yang tidak terhingga ini.

"Tidak apalah!", kata saya. Saya bukannya seorang yang tidak boleh menerima hakikat penewasan. Walaubagaimanapun, hati saya terhadap pulau ini tidak akan berubah begitu saja. Yakin Tuhan akan membuka haluan yang baru kepada saya. Harap-harap kami akan bertembung lagi. Harap begitulah!

posted by Unknown  # 6:47:00 AM (0) comments

15.12.06

Komputer Rosak 

Entah kenapa tablet saya diserang virus? Walaupun virus itu telah dimusnahkan, sebahagian system pun rosak bersama.

Saya ini pun terlalu pandai rasanya, tidak sangka CD Windows tertinggal di Singapura.

Tidak apalah, bertahan sajalah sehingga sekolah bermula.

posted by Unknown  # 12:10:00 PM (0) comments

11.10.06

Sejarah Ditulis Semula 

Adik saya terterima satu esei yang agak menakjubkan. Pelajar ini telah memberi versinya yang tersendiri semasa menduduki peperiksaan Sejarah di St. Francis' Insitution, Melaka. Walaupun saya tidak mempunyai hak cetak, rasanya beliau tidak akan marah jika saya berkongsi dengan anda semua.

Inilah ayat-ayatnya, seperti yang tertulis (seberapa boleh):

Bahagian A

Agama Islam memberi banyak pengaruh terhadap masyarakat Melayu tradisional pada abad ke-19. Pada abad tersebut Masyarakat Melayu hidup dalam kegelapan. Kebanyakan masyarakat mengamalkan judi, riba dan melakukan banyak kesalahan seperti mencuri, merogol dan sebagainya. Kaum wanita pula dipandang hina dan mereka tidak dapat mewarisi kebijaksanaan moyang mereka.

Setelah Agama Islam dipupuki Pengaut agama Islam mengenal sistem tenaga nasional. Iaitu sebuah penjana kuasa elektrik yang memberikan masyarakat Melayu lampu. Dengan adanya cahaya dan lampu, masyarakat Melayu tidak akan hidup dalam kegelapan. Perlakuan seperti, zina, raba, judi dan sebagainya tidak dilakukan lagi kerana mereka malu adanya tiang lampu di merata-rata yang menyuluh tingkah laku mereka. "In English, they are too shy to do tat stuff in the light. Scared people see me. Stupid."

Mereka akhirnya dapat belajar kerana mempunyai lampu meja dan ini menjadikan mereka bijak. Mula-mula mereka mangambil UPSR kemudian PMR, SPM dan akhirnya STPM. Banyak telah pergi ke University Cahaya Langit kerana di sana terdapat lampu untuk pelajaran mereka.

Perempuan tidak lagi dipandang hina kerana setelah ada cahaya, "Men felt shy because 'their ... body part are diffrent". 1 bolt 1 nat really tiu lo. Adanya elektrik, mereka tengok filem cerita pokemon dan digimon.

Akhirnya mereka berjaya membina balik ampangan yang Sabah itu dengan jentera yand berkuasa tinggi.

Bahagian B

Pada masa kegemilangan China dan Jepun, penduduk mereka mengamalkan kepentingan fahaman Confucius di China dan agama Shinto di Jepun.

Agama Confucius ini memang "confusing" entah bila masa mahu makan dan entah bila mahu bertapa. Let me explain k!? Sebelum adanya ajaran Confucius, dunia di China adalah huru-hara kerana raja Syaitan dunia akan dilahirkan dan memusnahkan dunia. Dengan itu, Dewa mengarahkan Senzo untuk mendapatkan kitab suci Confucius untuk mengalahkan raja syaitan. Tetapi perjalanannya susah sehingga banyak awek iblis yang cantik menggodanya. Dia terpaksa mencari pengikut untuk membantunya. Iaitu cereka Monyet, Babi, Kuda dan Hantu Air. Selepas mendapatkan kitab suci, Raja Syaitan dikalahkan. Dan semua orang memahami ajaran Confucius walaupun sangat "confusing". Kalau tidak Raja Syaitan akan muncul semula.

Ajaran Shinto pula datang dari Tom Cruise. Dia ini seorang askar, generallah dan wat pangkat forget liau. Dia mahu kill all the stupid Japanese because they samurai all so lazy steal stuff. Tetapi kena tangkap dan diberi fahaman Samurai. Selepas dilepaskan dia tak mau balik pula kerana ada awek cantik ma. Lepas itu dia pun fang guat chai lo. His people went to kill him pun tak jadi. Ini telah tersebarnya Shinto.

Secara kesimpulan, Shinto dan Confucius dilahirkan kerana awek cantik yang terlalu menggodai.

Di sini saya bersertalah satu pantun,

Berjalan-jalan di tepi muara,
Hendak mencari anak dara.
Kalau nak cari anak dara,
Di tepi muaralah.

TAMAT

Esei yang tertera di atas hanyalah untuk tujuan hiburan dan tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina atau mentertawakan sesiapa. Oleh itu, bacalah dengan minda yang terbuka.

Pada pendapat saya, walaupun esei tersebut pasti tidak lulus, pengarangnya telah menyerlahkan ciri-ciri istimewa orang Malaysia. Kita dilahirkan di tanah air yang dihuni berbilang kaum, dan penyerapan pelbagai bahasa dan budaya ialah sesuatu perkara yang semula jadi. Dalam esei tersebut terdapat elemen-elemen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Kantonis, dan juga Bahasa Pasar yang digunakan ramai.

Inilah salah satu sebab mengapa saya bangga sebagai seorang rakyat Malaysia. Keistimewaan ini hanya boleh dikongsi sesama kita. Oleh itu, bersyukurlah anak Malaysia!

posted by Unknown  # 11:20:00 PM (0) comments

26.1.06

Selamat Tahun Baru Cina 

Kini sudah tiba masanya kami kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina! Walaupun kini saya sudar hampir menjelang umur orang dewasa, dalam hati saya masih seorang budak kecil yang ingin menikmati suasana perayaan yang akan datang.

Akan tetapi, tahun ini saya dibebani kerja kursus yang mungkin mengurangkan penikmatan ini. Walaupun itu, saya tidak akan membenarkan beban ini memusnahkan musim perayaan ini. Selepas ini saya akan merancang secara teliti perkara-perkara yang patut diselesaikan dalam ruang masa minggu depan.

Harap-harap kesemua ini dapat dihabiskan secara profesional tanpa pembaziran.

posted by Unknown  # 2:20:00 PM (0) comments

20.11.05

Mencari Matlamat 

Setelah meluangkan masa selama 5 tahun, Singapura telah manjadi suatu tempat yang saya hargai. Kecekapan serta ketepatan yang manifestasi dalam kebanyakan sistem yang terdapat dalamnya tidak dapat diulangi di tempat lain.

Singapura telah memberi saya pendidikan percuma yang bertaraf dunia tanpa memerlukan saya memberi balik apa-apa pun, melainkan saya bekerja di Singapura selama 3 tahum selepas tamat pengajian. Ini merupakan sesuatu yang amat menyentuhkan hati saya, yang tidak dapat saya meluahkan penghargaan, kerana kebaikan hati itu tidak berasal daripada seseorang, tetapi sesebuah negara.

Dalam ruang masa 5 tahun ini, saya sedang mencari inti pati kehidupan. Apakah matlamat saya? Pada asalnya, saya sangka tujuan saya adalah untuk menjadi kaya (walaupun tujuan ini memang tidak merupakan sesuatu yang sejati), tetapi sangkaan itu tidaklah benar. Apa gunanya jika saya mempunyai kekayaan seluruh dunia, tetapi akhirnya terhilang rohani sendiri, seperti yang diluahkan oleh Yesus Kristus dalam Kitab Injil?

Peluang untuk memperoleh kekayaan di Singapura jauh lebih banyak daripada Malaysia. Akan tetapi, kos kehidupan pun jauh lebih tinggi. Melainkan kekasih saya hendak menetap di sini, saya tidak ingin dibebani hal-hal kewangan yang dapat saya kurangi.

Walaubagaimanapun, segalanya masih tidak tetap. Saya hanya ingin menentukan matlamat saya. Sementara itu, minda saya terbuka kepada sesiapa pun yang ingin memberi nasihat kepada saya.

posted by Unknown  # 10:12:00 PM (0) comments

7.4.05

Jiwa Terselamat

Wah, akhirnya saya teringat akan blog saya ini yang sudah jadi memori prasejarah. Sudah seketika sejak saya berfikir dalam Bahasa Melayu. Tidak apalah, asalkan saya terus menulis, otak saya yang kian karat ini patut masih boleh digunakan.

'Salvation', tidak dapat pula saya terjemahkan perkataan ini. 'Keselamatan' 'Terselamat'? Cis, otak ini memang perlu diservis.

'Salvation' ini memang indah sekali. Hadiah ini ialah kurniaan Tuhan kepada sesiapa yang percaya pada-Nya. Kurniaan ini ialah pengorbanan cinta yang paling tulen. Segala pengorbanan yang dilakukan manusia demi sesama sendiri ialah imitasi yang kurang sempurna.

Pengorbanan ini tiada tolok bandingan. Dalam agama yang lain, seringkali kita dapat tahu bahawa kita akan dihukum kalau kita melakukan kesalahan, dan segala perbuatan jahat ada balasannya. Dalam kepercayaan Kristian, Tuhan merupakan tuhan yang mempunyai belas kasihan, yang sanggup menanggung segala dosa manusia demi membolehkan ciptaan-Nya menyertai-Nya di syurga. Dia sanggup menjadi teladan, menjadi tuhan pertama di dunia ini yang sanggup menggantikan kita, membebaskan kita daripada cengkaman dosa.

Di negara saya, saya dibenarkan memuja Tuhan tanpa sebarang gangguan atau halangan. Akan tetapi, terdapat sekumpulan besar orang dalam negara ini yang tidak mempunyai kebebasan ini.

Saya mengakui bahawa saya seorang penakut, tetapi saya juga sedar bahawa penakut tidak dapat melakukan perkara besar yang memfaedahkan manusia.

Moga-moga melalui ruangan Internet ini yang bebas saya dapat menyuarakan kisah baik ini kepada sesiapa yang ingin mendengar.

posted by Unknown  # 8:02:00 PM (0) comments

20.5.04

Semoga sembuh, cikgu!

Letihnya! Persediaan untuk konsert harmonika yang akan diadakan Ahad ini semakin meletihkan. Sekarang saya terlalu sibuk untuk menambahkan pendapat dalam catatan ini setiap hari. Harap-harap selepas persembahan ini saya boleh menumpukan perhatian saya terhadap perkara-perkara lain.

Baru sahaja saya habis bersembang dengan rakan karib lama. Daripada rakan ini saya telah mendapat tahu bahawa cikgu darjah 3 saya menghidapi kanser dan beliau kini berada dalam keadaan kritikal. Selama ini, saya tidak pernah dihadapi dengan kematian ataupun kesengsaraan. Saya tidak tahu apa yang perlu saya lakukan demi memperbaiki keadaan ini ataupun mengurangkan kesakitan orang lain.

Namun begitu, saya rasa masalah ini hanya boleh diselesaikan melalui doa. Dalam konteks Kristian, kematian bukanlah suatu perkara yang semestinya buruk. Ada kalanya Tuhan hendak menggunakan kematian sebagai pengukuh iman. Jikalau pesakit ini sembuh, tentunya iman pendoa dan pesakit akan bertambah kukuh.

Sebaliknya, mungkin masa pesakit ini telah tiba untuk meninggalkan dunia ini dan meneruskan perjalanannya di alam baqa. Apa jua sebab penyakit ini, saya tetap akan terus berdoa agar cikgu dan saudara-saudari beliau dapat menerima keputusan Tuhan. Semoga sembuh, cikgu!




posted by Unknown  # 11:08:00 PM (1) comments

Arkib

04/2004   05/2004   04/2005   11/2005   01/2006   10/2006   12/2006   02/2008  


This page is powered by Blogger. Isn't yours?